Thursday, 24 December 2015

Segmen : Saya Nak Buku Biografi Muhammad bin Abdullah...

Assalamualaikum .. Sempena Maulidur Rasul ni saya dengan ikhlas hati nak BAGI satu buku kepada seseorang yang bertuah. sebenarnya buku ni buku saya.. kisahnya saya beli buku ni . dipinjam orang. kemudian hilang pula. bila dah hilang saya redha dan sebab sayangkan buku ni saya pergi cari dan beli yang baru. kemudian orang yang hilangkan tu pergi pula beli buku baru untuk saya ( tanpa pengetahuan saya untuk diganti ) dan dia beli juga untuk dirinya ..so bila dia bagi buku kat saya.. saya ada DUA buah buku ni. so saya nak bagi SATU kepada sesiapa yang bertuah untuk jadi pemilik baru buku ni ( buku masih macam baru beli ).Saya tak tahu nak hurai  istimewanya buku ini. baca dan hayati sendiri ..:)


Rasanya mungkin ramai yang dah ada buku ni kan.. sesiapa yang takde buku ni bolehlah join segmen ni..syaratnya mudah je..

1. Follower blog saya  :)
2. Komen di bawah post ni. 
Saya NAK Buku Biografi Muhammad bin Abdullah kerana .............................................................................................
( tak kisah berapa panjang pun korang nak tulis ) yang penting hanya di post ini..kat tempat2 lain tak diterima. segmen berlansung 24/12/2015 - 30/12/2015 sahaja.
3. Hanya seorang pemilik baru yang bertuah dicari dan pemilihan sepenuhnya dipilih oleh saya berdasarkan komen yang memenuhi kriteria tertentu. 

Bila kita sayang dan cinta seseorang. A-Z kita tahu tentangnya malah perkara yg kita tak pernah/tak biasa buat pun kita akan cuba buat dan praktik.. betul tak ? Siapa yang tak suka dirindui? Tiada yang lebih dirindui oleh Rasulullah Saw melainkan umatnya yang tidak pernah melihatnya tapi mencintai dirinya  :)  



 

16 comments:

  1. Saya NAK Buku Biografi Muhammad bin Abdullah kerana sya nk knal Rasulullah dgn lebih dekat drpd sumber yg sahih, bukannya dari website2 yg sya tak pasti betul ke x hadis yg dikemukakan dan sebagainya. Harapnya ilmu dari buku ni dapat bimbing sya untuk jadi lebih baik lagi.

    Tq

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum... Salam Maulidur Rasul... Cikla join segmen awk ni..

    http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2015/12/segmen-saya-nak-buku-biografi-muhammad.html

    ReplyDelete
  3. Saya NAK Buku Biografi Muhammad bin Abdullah kerana AM nk kenal Rasulullah SAW dgn lebih dekat drpd sumber yg sahih dan dapat dibaca pada bila2 masa dan dapat diualang baca banyak kali..

    ReplyDelete
  4. wah....bestnya hadiah dia...tapi kita dah ada buku ni ^_^!...memang best! best of luck ya..

    ReplyDelete
  5. Salam sis... sorry ni kes cikla salah faham konsep ke atau cikla terlebih rajin.... hehe.. jgn marah... ni cikla paste kat sini jwpn cikla.. hehe..


    Saya NAK Buku Biografi Muhammad bin Abdullah kerana SAYA MAHU MENJADIKAN RASULLULLAH SEBAGAI ROLE MODEL DALAM MENGHADAPI KEHIDUPAN INI. KEPERIBADIAN BAGINDA AMAT SAYA KAGUMI, KERANA BAGI SAYA BAGINDA MERUPAKAN IKON TERBAIK YANG BOLEH KITA JADIKAN IKUTAN. SAYANG NABI, IKUT SUNNAHNYA.....

    Sorry again... selamat bersegmen pd semua... hehe

    ReplyDelete
  6. Saya NAK Buku Biografi Muhammad bin Abdullah kerana dalam koleksi buku buku yaya belum ada terbitan ni. Selain itu, yaya memang sangat-sangat minat baca anything tentang Nabi Muhammad s.a.w untuk menambahkan lagi pengetahuan yaya tentang idola yaya.

    ReplyDelete
  7. saya NAK buku biografi Muhammad bin Abdullah kerana, jika kita menyintai seseorang sudah tentu semua tentang dia kita mahu tahu. Dari sekecil kecil cerita dan semua tentang dia. Dan kerana saya CINTAkan Ya Rasulullah, saya mahu tahu tentang dia. :)


    ReplyDelete
  8. Bestnya buku ni, Ros. Tak perlu buat entri ye,..ok nanti datang balik :)

    ReplyDelete
  9. Saya NAK Buku Biografi Muhammad bin Abdullah kerana saya dapat mengenal dengan lebih mendalam lagi kekasih Allah. Insya-allah daripada dalam buku itu terselit satu ilmu yang dapat mengubah saya ke arah yang lebih baik dan diredai Allah. aamiin . Saya dapat sampaikan cerita Rasulullah SAW kepada family, kawan dll insya-Allah dgn izinya :D

    ReplyDelete
  10. Saya NAK Buku Biografi Muhammad bin Abdullah kerana saya ingin mengenali junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan lebih dekat melalui buku ini.. Selain itu, saya dapat meningkatkan ilmu pengetahuan saya tentang Nabi Muhammad SAW yang mungkin saya 'tidak pernah dengar' atau saya ingin memperkukuhkan lagi ilmu pengetahuan saya tentang perkara yang mungkin saya 'pernah dengar'.. Seterusnya, kerana saya amat meminati untuk membaca serta mengetahui isi kandungan buku tersebut.. Justeru, dapat mengisi masa lapang saya dengan membaca buku Biografi ini daripada saya membaca novel-novel yang tidak memberikan manfaat.. Akhir sekali, ingin mencari keberkatan dari Allah SWT serta Nabi Muhammad SAW dengan memiliki serta memanfaatkan buku Biografi Muhammad bin Abdullah ini.. In Shaa Allah.. Aameen..

    http://akubukaninnocent.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. Saya NAK Buku Biografi Muhammad bin Abdullah kerana jujurnya, saya rasa saya makin jauh dengan Baginda. Selawat hanya dalam solat, sunnah makin susah nak diamalkan. Malu rasanya, nama sendiri terselit nama Baginda yang indah, tetapi peribadi amat jauh untuk dibandingkan dengan Baginda. Bukan tidak cinta. Saya hanya insan yang lemah, yang mengaku cintakan Rasulnya tetapi seringkali lupa pada Baginda sedangkan Baginda tidak lupa pada umatnya. Semoga dengan mengenali dan membaca sirah Baginda dengan lebih mendalam, rasa rindu dan cinta pada Baginda menjadi semakin kuat. Semoga rasa kasih kepada insan bernama Muhammad itu melebihi kasih kepada segenap makhluk lain.

    Salam Maulud Nabi..

    ReplyDelete
  12. بسم الله الرحمن الرحيم
    SAYA NAK BUKU BIOGRAFIMUHAMMAD BIN ABDULLAH KERANA saya sudah lama menginginkan buku ini tapi masih belum berkemampuan untuk mendapatkannya. Insyaallah saya yakin buku ini dapat mengingatkan diri ini kepada baginda S.A.W. dan akan dapat membuatkan diri ini lebih mengenali baginda. Dengan ada nya buku ini juga akan dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya tentang sepanjang hidup kekasih Allah ini. Sebelum ini hanya membaca tentang baginda di laman2 web yang kurang diketahui kesahihannya berbanding dengan membaca buku yang Insyaallah telah dikaji sebelum dibukukan

    ReplyDelete
  13. Saya nak buku biografi Muhammad bin Abdullah kerana saya ingin menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai idola saya sepanjang masa dan sepanjang hayat saya juga. Sudah 17 tahun minat membaca novel tak terselah sehingga saya diberi buku novel yang bertajuk "Tuhan Lebih Sainstifik" buku ini lah yang telah membuka minda dan pelbagai perspektif dalam kehidupan saya, kini saya sebagai seorang illuminator (New Order Filmmaker) saya sedar betapa pentingnya ilmu kebenaran (islam) dan ilmu maya untuk menghasilkan "ARC" atau lebih dikenali sebagai 'Penyampai Maya'.. Terima kasih.

    Alhamdulillah..

    ReplyDelete
  14. Saya NAK Buku Biografi Muhammad bin Abdullah kerana saya ingin jadikan buku ini sebagai koleksi peribadi. Boleh diletakkan di sudut bacaan rumah atau perpustakaan mini. Biar seluruh keluarga dapat manfaatnya nanti. Andainya naskhah hebat ini berjaya dimiliki, saya akan dapat lebih mengenali, mencintai dan mencontohi keperibadian Junjungan Mulia, Kekasih Allah yang terpuji :)

    ReplyDelete
  15. Salam semua kepada pemilik-pemilik cinta rasullah...kita mengenalinya sejak azali dan kita sentiasa berselawat keatasnya, tetapi sejujurnya keladi masih menjadi umat ikutan kepadanya, hanya bibir mengucapkan selawat tapi hakikatnya, adakah aku benar-benar mengenali Muhammad Bin Abdullah, adakah aku akan menitiskan air mata setiap kali kalimah selawat kedengaran ditelinga...dan adakah aku benar-benar menginginkan syafaatnya ketika aku berada di padang Mahsar nanti...dan setiap pengorbanannya hanya sekadar pengetahunan yang perlu diketahui untuk lulus peperiksaan saja tapi adakah aku benar-benar faham...perjalanan kehidupan insan agong dan mulia ini... nabi kita nabi muhamad......Saya nak buku Biografi Muhamad bin Abdullah kerana kisah perjalanan dan pengorbanan idola sepanjang zamanku ada dicatatkan didalam buku tersebut...aku sentiasa merinduinya....Nabi Muhamad s.a.w dan keladi bukan lagi hanya sekadar umat ikut-ikutan saja...Salam...Maulidur rasul...sentiasa selawat keatasnya

    ReplyDelete
  16. Saya NAK Buku Biografi Muhammad bin Abdullah kerana saya lom lagi ada dlm koleksi. saya percaya buku ni byk coretkan kisah suka dan duka nabi Muhammad s.a.w, peristiwa-peristiwa perjuangan beliau yg telah menjadi sesuatu yg penting dlm kalendar islam. saya boleh baca utk refresh kan ingatan dan ceritakan semula kepada anak-anak dara berdua tu. kebetulan nurin (anak sulung) memang dah pun minat membaca novel. maka, buku biografi ni in shaa Allah menjadi hadiah terbaik utk nurin kelak, utk dia baca. kebetulan, 2 hari lepas baru saje borak2 dgn nurin tentang maulidur rasul :)

    ReplyDelete