Monday, 20 June 2016

MAAF Maaf dan Maaf...

Assalamualaikum semuaaa..
Baru kesempatan update blog dan baca semua email dan komen .Bukan seorang dua yg x sampai hadiah giftway ..semua hadiah x post lagi. Saya berehat dah sebulan lebih kerana terlibat kemalangan. Banyak perancangan dan urusan kerja tergendala . Alhamdulillah Allah panjangkan umur. Tiada kecederaan fizikal yang serious . Cuma x ray saya yg bermasalah di bahagian tulang belakang tengkuk dan dada. Maafkan saya atas kelewatan yang panjang dan tidak disangka2. Saya sebenarnya tak pikir dah tentang blog, business dan hal2 lain..sebab x boleh nak pikir tapi saya sentiasa tahu dan ingat janji dan hadiah giftway yg tergendala cuma ambil masa sebab ada banyak hal lain yg Allah rancang untuk saya telah mengambil tempat dan perlu diselesaikan..harap besabar semua pemenang .. : (  InsyaAllah tiada aral menyusul sebelum raya ..Maaf dan maaf sekali lagi.. Doakan saya baik2 sahaja ...




Thursday, 28 April 2016

Proses Penghantaran Hadiah G I V E A W A Y

Assalamualaikum semua 
Dekat sebulan gak tak online dan updated blog. Tak kesempatan nak jenguk dan komen entry rakan-rakan blog. Kesibukkan yang melanda dijangka berterusan hingga raya ini. Lepas raya baru free sikit...hihihi..Korang rajin2 singgah sini tengok2kan blog saya ni sambil tolong-tolong bersihkan sawang k.

Mohon maaf juga atas kelewatan penghantaran hadiah untuk  giveaway saya yang lalu. Untuk entry kali ni saya nak updated penghantaran hadiah-hadiah giveaway sudah bermula dan kepada semua pemenang yang bertuah jika selepas 7 May 2016 ini ada antara korang yang belum menerima hadiah giveaway masing-masing sila update saya di alamat email yang diberikan sebelum ini ok. Takut-takut ada yang tak dapat pulak nanti. Sabarrrrrrrr ye . hihihi.. 



BRING YOU HAPPINESS
 

Sunday, 3 April 2016

Pemenang G I V E A W A Y by Ros Nordin


Maaf atas kelewatan pengumuman! Berita tak best kedudukan nombor ada perubahan! Sebelum saya random generate number saya kemas kini secara detail sebab ada link url yang double listed plak so sebahagian kedudukan nombor bermula no 31 ada sikit perubahan untuk pastikan setiap url hanya sekali sahaja. NEW LIST UPDATED Total penyertaan sebenar ialah 149. Berita best pula ada pertambahan hadiah dari 10 ke 25 orang untuk The Body Shop + MANGO Zip Cosmetic Case! Keputusan muktamad jadi korang sila check nombor masing-masing k. Pemenang sila hantarkan Nama Penuh, Alamat , Contact No. dan NOMBOR korang ke alamat email saya kat bawah ni untuk penghantaran hadiah. 

rusmeyati@gmail.com

19 . 77 . 5 . 101 . 74 . 22 . 87 . 70 . 14 . 67 . 4 . 141 . 65 . 34 . 13 . 52 . 53 . 134 . 86 . 140 . 27 . 98 . 57 . 15 . 123

Hadiah Misteri Top Referral 

http://cahayakehalusankelembutan.blogspot.my


Istimewa Follower ke-500

SAJOR CAJU
 

 TAHNIAH BUAT SEMUA YANG SUDI JOIN DAN TAHNIAH JUGA BUAT PEMENANG . ADA REZEKI NANTIKAN GA SAYA AKAN DATANG 

  

Saturday, 2 April 2016

Giveaway Tamat

Assalamualaikum . Setakat seminggu sekali je mampu update blog ..hihi..GIVEAWAY by Ros Nordin pun dah tamat 31 March 2016  lepas. Ada 152 149 peserta yang join..ramai kan? kira berjaya dan mendapat sambutan!. Terharu rasa . Terima kasih sahabat blogger yang turut memberi sokongan . Alhamdulillah berjaya dan korang memang terbaik :) List peserta dah dikemaskini utk kali terakhir jadi korang boleh doublecheck nama korang dalam list SENARAI PESERTA. Kalau-kalau ada yang tertinggal ke. Malam nanti nak generated number dan update pemenang. Korang yang free bolehlah jalan-jalan dulu jenguk rakan-rakan dalam list peserta tu. Tungguuu :)



Tuesday, 22 March 2016

Happy Tuesday

Assalamualaikum dan selamat pagi . Sempat kongsikan sikit kata-kata hikmah untuk kita semua pagi ini.

BELAJAR DARI KATA-KATA HIKMAH IMAM AS-SYAFIE
"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan."
"Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang ditenun".
"Orang yang berilmu dan beradab, tidak akan diam di kampung halaman. Tinggalkan negerimu, merantaulah ke negeri orang"
"Jangan cintai orang yang tidak mencintai Allah. Kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu"
"Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."
"Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”
"Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan".
"Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu''
"Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu"
-Imam asSyafie

 Gambar Hiasan

Lately saya sangat sibuk dan nampaknya agak lama tak update blog lagi. hihi. Tapi takpe korang yang rajin singgah tu terima kasih banyak-banyak. InsyaAllah nanti saya singgah blogwalking ke 'rumah' korang :).  

Monday, 14 March 2016

Happy Monday

Assalamualaikum..hi everyone. Letih lemau dan mengantuk lagi sebab hari Isnin? Kalau nak tidur lagi kita tunggu antara pukul 12 ke pukul 1pm nanti. Waktu macam ni dapat lelap 5-10 minit pun dah cukup puas dan bermakna. Tengok arnab ni bermalas-malas tidur pukul 9am. "Waktu tuan dia nak bagi makanlah dia nak bermalas-malas pulak"...

Gambar Hiasan

Gambar Google je

Pagi jangan lupa sarapan ..kalau mata letih memanjang cuba minum kopi atau teh. Bantu cegah mengantuk malah lebih fokus bila bekerja/studi lebih-lebih lagi yang nak hadap komputer berjam-jam. 


Ceriakan hari dan hidup korang selalu okeh. Kalau tak mampu nak ceriakan diri sendiri kita ceriakan orang lain dulu. Bila tengok orang lain ceria. InsyaAllah kita rasa bahagia dan gembira. Eh kalau join GA boleh buat orang ceria dan gembira... elok juga kalau korang Join GIVEAWAY by Ros Nordin tu ..hee :)


Friday, 11 March 2016

G I V E A W A Y by Ros Nordin

Assalamualaikum. Seperti yang dijanjikan hari ini Jumaat 11 March 2016 saya dengan rendah diri melancarkan GA sempena menggantikan SEGMEN BLOGLIST yang tak jadi. Macam segmen sebelum ini saya memang berharap GA ini mendapat sambutan. Harap korang semua sudi join beramai-ramai memeriahkan GA ni. Syarat senang InsyaAllah.


1.Follow Blog  RosNordin ( Yang ini WAJIB ) dan Follow Instagram ( Yang ini Kalau SUDI ) 
2.Buat entry tajuk "GIVEAWAY by RosNordin" Copy banner diatas dan backlink ke entry ini.
3.Dah siap sila letak link korang di ruangan komen entry ini dan tulis sekali hadiah pilihan.

Giveaway berlansung selama 20 hari bermula hari ini 11 March 2016 hingga 31 March 2016 dan melalui giveaway ini saya seikhlas hati nak bagi 11 hadiah untuk mereka yang bertuah . 1 adalah hadiah misteri yang akan diberikan kepada PENYUMBANG TERTINGGI TRAFFIC ke blog saya. DAN BILA MISTERI MAKNANYA AKAN KEKAL MISTERI la ye.. Ada 20 hari kan jadi  perbanyakkanlah sumbangan traffic di blog ini.. hihihi.. dan baki 10 hadiah korang boleh tengok bawah ni..

MANGO Zip Cosmetic Case yang simple dan cantik with small souvenir inside, 1 x 5 Pemenang Bertuah.


 The Body Shop GIFT 1 x 5 Pemenang Bertuah

  
Tiba-tiba ada 2 extra gift . HP case tapi untuk iPhone 6/6s sahaja  ( ada orang sponser )  so jalan sekali..JOM join GA ramai-ramai . 

1 x Slim Leather Case - Red
1 x  Bumper Case - Silver

Total 12 Pemenang dipilih melalui random number generator ikut hadiah pilihan masing-masing dan 1 Hadiah Misteri akan diumumkan pada 5 April 2016.  
 
Selamat Berjaya Semua Rakan Blogger Maya
 


 

Hikmah Tersembunyi

Salam Jumaat - Jom baca cerita ni. Ringkas dan menarik jadi saya copypaste dari SINI dan kongsikan sebagai ingatan diri sendiri dan rakan rakan..
Dulu masa saya darjah 6 seorang cikgu selalu cerita kisah ni. Ada seekor rusa yang sangat cantik. Dia selalu berbangga dengan tanduknya yang bercabang dan sangat cantik. Wah cantiknya tanduk aku. Tapi dia cukup malu dengan tapak kakinya yang tak cantik....Dia senyum seorang diri bila tengok tanduk dekat air. Tapi sedih saat tertengok tapak kakinya..Satu hari dia di kejar harimau. Dia lari laju-laju. Pijak semua benda tajam. Selaju mungkin. Tiba-tiba tanduknya tersangkut di pokok..dia cuba tarik. Tapi gagal.Dia menangis...dan menangis sambil menunggu harimau datang. Katanya wahai tanduk yang ku banggakan..hari ni kau telah binasakan diriku. Kerana kau aku tersangkut dan akan mati...wahai kaki yang selalu aku hina. Hari ini kau berjuang berkorban menyelamatkan diriku..tapi inilah akhirnya.....kakinya tidak berhenti menyelamatkannya. Cuba larikan diri. Hingga harimau sampai. Dia tendang harimau. Dia bergelut dengan harimau. Sehinggalah dia disiat satu persatu...kaki berjasa sampai akhir...Begitulah dalam dunia kita kadang-kadang kita berbangga dengan kemuliaan, pujian, harta kekayaan,nama dan pangkat tapi di dalamnya ada dosa dan maksiat sehingga kadang-kadang kita terlupa itulah sebab kita derita di akhirat...

Ialah bukan semua yang kita suka itu baik untuk kita dan bukan juga semua yang kita tak suka itu buruk untuk kita. Kadang Allah hanya menguji sejauh mana keikhlasan kita hambaNya dalam menjaga iman dan agama, bersabar dan tabah, bersyukur dan redha dengan apa yang Allah aturkan ..itu sahaja.. 

Allah will make everything BEAUTIFUL, at the RIGHT PLACE, at the RIGHT TIME, for the BEST REASON, Always have faith in Allah.





Monday, 7 March 2016

Saya Nak Buat GA

Assalamualaikum.. wah rindu nak blogging..Maaf kebelakangan ini tak sempat ziarah dan tinggal komen di blog sahabat maya sekalian. InsyaAllah saya kembali bersiaran dan akan menjejak kalian semua....Sebelum itu ingat tak Januari lepas dalam entry INI saya nak cari bloglist JAN-ARIL 2016 dan mencari dua pemenang misteri gift? January dan February lepas agak banyak segmen pencarian bloglist ( maklum tahun baru ), jadi saya tangguhkan sementara kononnya nak bagi blogger lain jalan dulu, dan bila segmen bloglist kembali reda baru nak buat.. tapi macam lama sangat pula tunggu dan agak sibuk hingga tak boleh fokus saya terus senaraikan sahaja bloglist pilihan sendiri. Disebabkan plan/hajat tak kesampaian, sebagai ganti saya nak buat GIVEAWAY. Ada tak yang nak join? Nantikan 11 March 2016 ini k


Thursday, 25 February 2016

Menjiwa dan Menulis

Assalamualaikum..seminggu tak ada entry. rindu nak blogwalking nak komen dan baca entry rakan blogger. Terima kasih buat rakan yang masih sudi singgah menjenguk ke blog saya. Agak banyak aktiviti kebelakangan ini yang nak dikongsi tapi fokus lari bila bloging. Hilang 'jiwa'. Berblog kan nak kena ada 'jiwa' kalau faktor-faktor kejiwaan tak ada tapi ada masa ada topik pun saya tak dapat menulis. Nak menjiwai tu yang tak dapat seminggu ni. Aktiviti ada tapi masih tak mampu nak update-update. Tetiba..eh kenapa jadi tak reti tulis ni? nak mulakan ayat pun tak pandai..tetiba blurr...sekarang rasa macam okeh kot. kotlah..so hari ini kita struggle postkan entry walau hati gigil-gigil..tangan yang menulis, hati yang gigil..-If I waited till I felt like writing, I'd never write at all - Anne Tyler




Wah..ini dah dikira berjaya post entry sebab tak menulis seminggu je.hihihi.. oklah dari tak ada kan..bak kata Louis L'Amour - Just write - Do not wait for an idea. Start writing something and the ideas will come. ( langkah motivasikan diri sendiri )

 

Friday, 19 February 2016

Freeport A'Famosa Outlet | Melaka

Beberapa hari lepas saya ke Freeport A'Famosa Outlet di Alor Gajah Melaka. Tempat sendiri nak juga ambil peduli, senang nak jawab kalau ada orang yang bertanya. Lokasi betul-betul terletak sebelah A'Famosa Resort. Konsep A'Famosa Outlet ni lebih kurang macam Johor Premium Outlet (JPO) dan kalau di Melaka dikenali juga dengan nama Melaka Premium Outlet (MPO). Dibuka bulan Dec 2015 (Fasa 1 sahaja dari 3 Fasa), kiranya port baru  kalau korang nak datang shopping.Banyak juga outlet yang dah beroperasi tapi masih ada yang sedang renovation. Maklumat menyatakan MPO ni bakal menyediakan 220 retail lots. Banyak juga tu.


 Pintu 2. Masuk 6.10pm


Lalu depan Pintu 1. Pukul 6.40pm

Kali pertama ke sini saya hanya spend 30 minit untuk jalan. Maknanya tak habis tawaf MPO pun.Saya masuk di Pintu 2. Pintu 1 dan pintu 2 tu agak jauh jaraknya. Saya hanya sempat jenguk outlet yang berdekatan Pintu 2 sahaja. Tak kesempatan jalan sampai ke Pintu 1. Sebab kejar masa. On the way balik lalu Pintu 1 saya snap sekeping gambar pintu masuknya sambil bercadang nak datang tawaf keesokkan hari pula.

Hari berikutnya saya tawaf MPO sampai habis. Banyak juga outlet yang ada di sini antaranya Crocs, Clarks, Camel Active, Nike, Levis, Samsonite, Sembonia, Cotton On, Melinda Looi, G2000, Versace, Moschino, Roberto Cavalli, Follie-Follie, Esprit,  Poney, Kickers, Armani, Carlo Rino, Polo Ralph Lauren dan macam-macam lagi.Tak ingat so tulis mana yang ingat sahaja. Sebenarnya saya lebih tertarik dengan view dan senibina bangunan di sini yang menggunakan tema Dutch Colonial  yang sangat cantik!  Buat cuci mata..

 Kincir Angin 

Kalau nak makan-makan pula..ada foodcourt tapi belum buka ( sedih ). Buat masa ini hanya ada PapaRich Cafe dan West 57th St.Cafe Zang Toi. Saya singgah di Zang Toi Cafe minum kopi ( Expresso Coffee Single Shot Cold Rm9.00,Expresso Coffee Double Shot Cold Rm9.00 juga ) buat basah tekak yang sangat haus. Saya tapau 2 slice kek coklat pisang.


Rm10/Slice - Ikhlas sangat sedap
 
MPO ni belum siap sepenuhnya jadi saya kongsi yang mana ada sahaja. Bagi kaki shopping  kalau berminat mencari europe mid-range brands with affordable price boleh datang sini sementara sale. Soon.. dengarnya ada lebih banyak jenama pilihan. :)

Thursday, 18 February 2016

25 Things That Make Me Happy


Firstly, thank you to Sofie for tagging me. haaa..terharu bila Sofie tag lagi..jom layan segmen tag mengetag..satu soalan sahaja...tapi perlu 25 jawapan. so check it out.^^
1. Create a new post + Insert picture above 
2. List 25 things that make you happy 
3. Mention the blog that have tagged you 
4. Tag at least 5 bloggers & make sure they know they've been tagged! 
5. Share your favourite quote of the week! (if none, then it'll be okay)

25 Things That Make Me happy

1. Books
2. Holiday/Travel
3. Being Women 
4. Home and decor
5. All about food
6. Pets
7. Blog
8. Drawing and Crafting
9. Nature
10. Gardening
11. Help others
13. Fashion and modesty
14. Accessories
15. Math and history 
16. Tazkirah
17. Family and friendship
18. Free from debt
19. Music
20. My Zahra growing up
21. Dinar
22. Skincare and vitamins
23. Engineering
24. Dental care
25. The happiest is when I can see the ugliness in me -  muhasabah, istigfar and repent to improve myself.



Quote of the week.


Monday, 15 February 2016

Realiti Zaman Kita | Betul ke?

Banyak rumah besar - keluarganya makin kecil
Gelaran makin tinggi - akal sihat makin rendah
Perubatan makin canggih - kesihatan makin buruk
Travelling keliling dunia - tak kenal dengan tetangga
Penghasilan bertambah - tak ada ketenteraman jiwa
Kualiti ilmu tinggi - kualiti emosi rendah
Manusia makin banyak - rasa kemanusiaan makin menipis
Pengetahuan makin bagus - kearifan makin berkurang
Pengkhianatan makin marak - kesetiaan hampir punah
Banyak teman di dunia maya - tak punya sahabat sejati
Minuman keras makin banyak - air bersih makin berkurang
Pakai jam tangan mahal - selalu kekurangan waktu
Ilmu semakin tersebar - adab dan akhlak makin lenyap
Al Qur’an banyak dihafal - sedikit sekali yang mengamalkan
Belajar semakin mudah - guru makin tak berharga
Teknologi informasi kian canggih - fitnah dan aib makin banyak tersebar
Orang yang sedikit ilmu banyak bicara - orang yang banyak ilmu terdiam
Buat renungan bersama..

 

 

Friday, 12 February 2016

Berita Jumaat 1

Berita hangat untuk rosnordin dan kawan-kawannya:

1.Adakalanya...untuk bersedih dengan kesusahan seseorang lebih mudah berbanding untuk bergembira dengan kesenangannya.

2.Allah Maha Mengetahui tetapi tidak mengaibkan. Allah Maha Berkuasa tetapi tidak zalim. Allah Maha Kaya tetapi tidak bakhil. Allah Maha suci tetapi tidak menghina.Malulah kepada Allah ketika kita yang penuh dengan sifat kehambaan tetapi sering bertindak seolah-olah memiliki sifat ketuhanan.

3.Orang yang bersalah harus diapakan? Harus dihukum!? TIDAK, harus DIADILI....

4.Orang beriman tidak selamat daripada ujian tetapi akan diselamatkan dalam menghadapi ujian!

5.Yang dapat, tidak dapat semua. Yang hilang, tidak hilang semua. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Bersabarlah dengan apa yang kita tiada.Setiap kesenangan ada mudarat. Setiap kesusahan ada manfaat.Justeru...usah terlalu suka dalam kesenangan. Usah terlalu duka dalam kesusahan.Untuk tenang dan bahagia, bersederhanalah dalam menghadapi apa jua karenah dunia dan manusia.

6.Ada ketikanya dosa menjadi sebab Allah menyayangi kita...yakni bila kita bertaubat atas dosa-dosa itu.Apabila dilanda musibah, selain pesan sabar, pesan taubat juga perlu dibisikkan kepada hati kita.

7.Adakalanya semangat beragama menimbulkan rasa ego pada diri dan kumpulan. Mungkin itu akibat selalu bercakap tentang Allah tetapi kurang 'bercakap' kepada Allah.Satu muhasabah buat diri untuk dikongsi.
 Google


8.Jika tidak mampu berpuasa, cubalah berlapar. Jika tidak mampu berlapar cukuplah jangan makan terlalu kenyang. Perut yang kosong melembutkan hati

9.Kita mampu mengingati Allah kerana Allah mengingatkan kita. Ingat itu!


Mentari menempelak bulan.
Usah bangga ketika mengambang
Kerna cahaya itu...
asalnya adalah sinar ku
Bulan senyum sinis dan berkata
Silap mu kerana tak pandai bergaya
Lalu dari sinar mu itu...
Aku yang jadi pujaan manusia
Mentari dan bulan sama-sama terlupa
Sinar dan cahaya bukan milik mereka
Bahkan diri mereka jua...
Allah yang menciptanya
Cerita bulan dan mentari
Sekadar lukisan imiginasi
Buat peringatan kita yang alpa
Mana milik kita?

Semua sumber kopi dari : SINI


Thursday, 11 February 2016

Bukan Sabar Jika Ada Had

Bukan sabar jika ada had dan bukan ikhlas jika ada batas-PMJ



Wednesday, 10 February 2016

British Short Hair | Wishlist 2016?

Beberapa minggu yang lepas saya survey pet shop sebab nak cari kucing. Untung-untung dapat bakakan dengan kucing domestik ( boleh ke tak eh? ) kan..hehehe..Kalau di Melaka, banyak juga pet shop tapi tak banyak yang ada jual kucing. Ada satu kedai yang ada baka yang saya nak, terletak sebelah Fella Design di Bukit Baru. Tapi tak boleh nak tangkap gambar, kalau tak boleh tempek sini. Tapi kucingnya dah besar dan gemok..actually I'm looking for kitten.Ada beberapa jenis baka kucing di sini like Persian, MaineCoon, Siamese, Anggora,Norwegian Forest and Scotish Fold.Domestik pun ada! Apa-apa pun nah cuci mata dulu tengok kitten BSH yang saya ambil dari google.





Agak sukar cari di kedai, saya cari online pula. Akhirnya jumpa dua penjual kucing BSH..satu dari Kedah dan satu dari Shah Alam,Selangor, boleh tengok SINI dan SINI. Harga ? Terus perit tekak telan liur.Ingatkan bawah Rm2000 boleh dapat rupanya kitten (4 months) pun harga bermula dari Rm2500 dan boleh cecah Rm10000! Mahal sebab purebreed (baka tulen),naik flight (import) dan ada born certificate from pedigree! Ada suara cakap kalau betul-betul nak boleh beli tapi..ada ayat last dia yang buat saya fikir (buat pertimbangan dulu). Saya sebenarnya biasa dengan kucing, membesar dengan kucing. Family termasuk (abang dan abah) selalu kutip kucing  yang jumpa tepi jalan tu bawak balik, rawat dan jaga . sihat dan gemok ok je. Ela,Tomi,Niki,Jery,Kecik,Mery,Depa dan banyak lagi nama kucing yang menemani saya waktu kecik sampai lah besar. Sejak berumah dan tangga ni yang tak ada kucing sebab dia lagi suka bela arnab dari kucing. hmmm. Takpe kita cuci mata dulu. Ada rezeki InsyaAllah.




Semua gambar kucing dari baka yang sama BSH. Sebab saya minat colour bluegrey so tempek warna ini sahaja kat sini.Hey cuba tengok pic last sekali yang belah kanan tu..geram tengok muka kucing tu rasa nak lempang je sebab comel sangat buat muka serious!haha


Tuesday, 9 February 2016

Who Moved My Cheese? | Motivation

Who Moved My Cheese?Buku tulisan Spencer Johnson ini sebenarnya lebih kepada perumpamaan ringkas kehidupan sebenar kita. The main characters are two mice (Sniff and Scurry) and two little people (Hem and Haw-beings as small as mice), who are looking for their own special cheese in The Maze. Cheese adalah metafora bagi apa yang kita mahu dalam hidup contohnya  kerja, perhubungan, wang, kejayaan atau apa sahaja dalam kehidupan dan The Maze ialah laluan tempat kita menemukan apa yang kita mahu samaada tempat kerja/organisasi baru keluarga, atau komuniti tempat tinggal. Kisah empat watak comel yang tiap-tiap hari keluar ke daerah Maze mencari Cheese hinggalah satu hari mereka jumpa Cheese. Jadi tiap-tiap hari juga mereka pergi ke tempat yang sama untuk dapatkan cheese, until one day they find that their cheese has been moved! menjadikan mereka sedih..jadi buku ini menceritakan bagaimana setiap watak ini mencari dan terus mencari cheese  hingga berjaya. Actually, the way they go about it, reflects their personalities, dan mungkin/memang salah satu watak dalam cerita ini ada kaitan dengan watak/sikap kita sendiri.


Buku ini buat kita memahami/buat penilaian dan fikir tentang perubahan, beradaptasi dengan perubahan secepat yang boleh, menikmati perubahan dan bersedia untuk berubah dan terus berubah. Setiap watak dalam buku ini represents simple and complex parts dalam diri setiap individu.Tak kira berapa pun umur kita, jantina, bangsa or anything else. Mungkin sikap kita mewakili salah satu dari watak-watak ni. so who are you? and who do you see yourself as.. 
1.Sniff - sniffs out and detects change early 
2.Scurry - scurries into action when change happens 
3.Hem - denies and fears change and won't submit to it 
4.Haw - resists at first,but adapts when he sees change can lead to something better.



'Noticing small changes early helps you adapt to the bigger changes that are to come'- Who Moved My Cheese?

Buku boleh beli di popular atau mph bookstores

Monday, 8 February 2016

Tentang Rezeki

Dalam entry yang lepas-lepas saya ada tulis tentang rezeki. Entry DISINI, dan hari ni nak kongsikan satu cerita berkaitan rezeki. Cerita saya copy paste dari group wassup dan kongsikan di sini. Sama-sama kita hayati dan fahami cerita " REZEKI DARI ALLAH " ini.

REZEKI dari ALLAH
Pagi itu aku melihat penjual surat khabar itu berteduh di tepi kedai. Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi seandainya hujan tidak berhenti. Namun, kegalauan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikitpun di wajah Penjual Surat Khabar itu.Hujan masih terus turun. Si penjual surat khabar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu. Tampaknya seperti sebuah buku. Kuperhatikan dari jauh, lembar demi lembar dia baca. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibacainya. Namun perlahan-lahan ku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yg dibacanya.

A:"Assalamu 'alaikum" ...
B:“Waalaikum salam"
A:“Bagaimana jualan surat khabarnya tuan?" ...
B:“Alhamdulillah, sudah terjual satu.”
A:“Wah susah juga ya kalau hujan begini" ...
B:“Insya Allah adalah rezekinya.”
A:“Terus,kalau hujannya sampai lewat petang?”
B:“Itu bererti rezeki saya bukan jualan surat khabar, tapi boleh banyak berdoa.”
A:“Kenapa?”
B:“Bukankah Rasulullah SAW pernah besabda, ketika hujan adalah saat mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.”
A:“Lantas, kalau tidak dapat wang, bagaimana?”
B:"Bererti, rezeki saya adalah bersabar"
A:"Kalau tidak ada yg boleh dimakan"? .....
B:“Bererti rezeki saya berpuasa"
A:“Kenapa tuan boleh berfikir seperti itu?”
B:“Allah SWT yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikan-Nya saya syukuri. Selama jualan surat khabar, walaupun tidak laku, dan harus berpuasa, tetapi saya tidak pernah kelaparan"-katanya dengan ikhlas menutup pembicaraan

Sahabat ...
Aku termenung,Aku tersedar ..Ada penyesalan di dalam hati. Kenapa kalau hujan aku masih resah-gelisah...Risau tidak mendapat wang?Risau rumah akan tenggelam banjir?Bimbang tidak dapat hadir jemputan kenduri?Berkeluh kesah tidak boleh bertemu pelanggan dan rakan perniagaan? Kini baru aku sedari, rezeki bukan wang semata. Boleh bersabar, berpuasa, berdoa, beribadah merupakan amal soleh yang patut kita syukuri. Malah, lebih dari itu, ia adalah juga rezeki yang tidak terperi daripada Allah SWT.
Sahabat ...
Rezeki hidayah dan boleh bersyukur adalah jauh lebih bermakna daripada pekerjaan dan wang. Malah dari apapun juga ...