Tuesday, 26 January 2016

Pencarian Mega Bloglist by Aisyhah Nyais

Jom support Aisyhah

http://apple-crunchh.blogspot.my/2016/01/pencarian-mega-bloglist-aisyhah-nyais.html 

 Syarat mudah KLIK BANNER untuk join ^^ 

Tag : Sofie, Rrai, Hana

Monday, 25 January 2016

A Gift From Sofie

Cantik tak notebook ni. Seram jap dapat notebook cover depan ada pisau rambo. hahaha. tapi memang cantik dan lain dari lain. Ni gift sempena GA yang cik SofieAdie anjurkan bulan lepas di SINI dan SINI. Tak sangka dapat notebook hitam limited edition ni. Terima kasih sofie pemberian dari seorang sofie kan..ngee. ^^ lagi bertambah terharu sebab ada cerita istimewa di sebalik penghantaran notebook ni. 




Glad to know both of you Fisah and Sofie. Thank you Fisah, love the way you persevered and akhirnya jumpa juga alamat yang tertera. Thank you to Sofie for the cuteness notebook and wishes (ada orang dalam rumah ni ingatkan dapat pisau rambo, dia nak pulak aii..eh seram amat tu kalau dapat pisau rambo betul-betul..kihkih) duk risau-risau kat sana , kiriman dah pun selamat diterima. Terima Kasih banyak-banyak Semoga masing-masing cemerlang dalam pengajian dan latihan industri ye. Tak ada rezeki nak jumpa hari tu, InsyaAllah ada rezeki jumpa korang berdua lain kali boleh kita pergi minum kan. ^^ 


Pukul 10++ ( malam ) amik dalam peti box. weee^^


Saturday, 23 January 2016

When I was a kid 2 Review | Childhood stories by Boey

Boey sebelum ini berjaya dengan buku When I Was a Kid, kali ni berjaya juga memikat hati saya dengan buku When I Was a Kid 2. Buku ni sebenarnya tentang cerita zaman kanak-kanak Boey. Kalau korang baca buku ni pun saya percaya apa yang dilalui Boey juga sama/lebih kurang macam yang kita lalui. Secara tak lansung mesti rasa macam diri kita dalam tu sebab rata-rata kanak- kanak kat Malaysia memang macam tu kot. Kenangan zaman kanak-kanak sebenarnya sangat menarik. Kita buat apa sahaja tanpa rasa takut tanpa fikir risiko dan sebagainya. Hakikat sebenarnya kita merindui zaman kanak-kanak yang tak boleh diulang semula. kadang-kadang kenangan mampu memberi "jiwa" tau..heheh



Ni salah satu cerita ringkas dalam buku ni yang rasanya permainan ni kita main juga masa kecik kan. hahaha. rasa macam nak ulang balik..tapi takkan lah kan.. gila ke apa..




Banyak cerita yang memang kena dan sama macam yang kita buat dulu masa kanak-kanak dan bezanya bila kita dewasa kenapa kita jadi begini dan begitu. kaitannya ?.. haa nak tahu? Ada lagi buku yang kena baca ni.. ^^ Saya enjoy je baca buku ni tak tahulah orang lain.hehe. btw apapun bahan bacaan korang buat masa ini. selamat membaca dan memikir ye. Babai ^^

Giveaway 2016 Tahun Impian Kita by Mawar Assufi

Terima Kasih MawarAs-Sufi tag akak. Dah tukar url baru rupanya. Nasib sempat lagi join. hehehe. Jom kepada peminat coklat  ramai-ramai kita join. Mawar anjurkan giveaway sempena promosikan pernigaannya iaitu menjual pakaian muslimah dan coklat. Kalau korang nak tahu coklat ni istimewa tau sebab air tangan beliau sendiri. Teruja kan? Jom klik banner bawah ni ya. ^^



Impian Dalam Hidup yang Ingin Anda Capai Dalam Tahun 2016 Ini

Impian banyak dan kebanyakkan long-term planning- so cuma berusaha lebih kuat dan konsisten untuk memastikan halatuju dan matlamat tak menyimpang, dan sentiasa berdoa agar Allah mudahkan segalanya. 

Friday, 22 January 2016

Dalam Hati Ada Cinta | Salam Jumaat

Berserah Diri/Redha ( Surrender )
Pengabdian ( Submission )
Kepatuhan ( Obedience )
Keikhlasan ( Sincerity )
Keamanan ( Peace )

Thursday, 21 January 2016

SKII Facial Treatment Essence Review | Rawatan Istimewa Kulit

Sepanjang Januari saya  sibuk dan sedikit tekanan! Kali terakhir rasa macam ni sewaktu berkursus dan menyiapkan dokumen syarikat dan laporan untuk GST implementation bulan March dan April tahun lepas. Bila fokus kerja selalunya dah tak kisah kulit muka jadi  kusam dan kering, senang cakap tak kisah kalau comot. Cara paling senang nak selesai masalah, saya guna SKII-Facial Treatment Essence atau singkatannya SKII-FTE. Memandangkan dah lama guna produk ni jadi saya nak review dan kongsi pengalaman mengenai FTE. Pada saya istimewanya FTE, ialah kandungan 90% pitera yang di akui kesannya sangat baik untuk merawat kulit saya yang sensitif,kering dan kusam. Tak hairan dikalangan pengguna dan penggemar produk SKII, FTE digelar miracle water. Disebabkan saya tidak menggunakan sebarang make-up, maka secara automatiknya jadi cerewet  memilih skincare. Untuk saya, FTE sahaja sudah cukup sebab ia memenuhi semua keperluan kulit yang saya nak. 




Kalau ikut prosedur standard ada tiga rutin asas iaitu membersih (Facial Treatment Cleanser-FTC), menyegar (Facial Treatment Clear Lotion-FCL) dan melembap (Facial Treatment Essence-FTE). Bagi saya melembap paling penting, yang lain kalau habis boleh relax lagi tapi kalau FTE habis, rasa nak pitam kejap. Kenapa priority lebih kepada FTE, sebab saya memang puashati sepanjang menggunakannya, kulit lebih lembap, tekstur kulit pula jadi lembut dan kenyal. Kulit saya ni mudah naik jerawat dan alergi dengan habuk/panas, malah cepat naik bintik merah so memang sesuai guna FTE, blackhead pun kurang jadi nampaklah glowing ..hehee. Alaa..nama pun perempuan, sebolehnya nak kulit bersih flawless kan. FTE ni pun senang absorbed dalam kulit, tak berminyak atau melekit. Kesan dah boleh nampak seawal 14 hari. Saya guna SKII-FTE sejak belajar, dah lebih 7 tahun dan InsyaAllah akan terus guna walaupun kadang ada masa-masa selalu malas dan skip tapi kalau untuk rawatan wajah luaran , FTE dari SKII ini tetap menjadi pilihan hati.




 
Selalu ada orang tertanya-tanya sesuai ke guna produk SKII? Sebenarnya dari segi teori produk SKII memang sesuai untuk kita sebab produk ini buatan Jepun. Kajian dan penghasilan bersandarkan sample kulit orang Asia juga. Secara praktikal terpulang kepada korang nak mencuba. Kalau korang nak tahu sesuai atau tidak korang cuba dengan satu produk SKII dulu dan produk itu mestilah FTE. Kalau ada keserasian dengan FTE InsyaAllah yang lain semua ok. SKII ni terkenal dengan miracle essence ( pitera ) dan produk mereka berasaskan pitera jadi korang cuba FTE dulu atau mungkin juga boleh cuba trial set yang mengandungi FTE 75ml, FCL 30ml dan 1 Facial Treatment Mask. Dan pesanan untuk korang kalau nak tahu apa itu pitera rajin-rajinlah googling! ^^ 



Info lanjut boleh ke SINI atau SINI

 

Wednesday, 20 January 2016

Peluang Kerja | Tips Menjawab Soalan Temuduga

Gagal dapat kerja atau failed interview session. Nah..di sini ada tips menjawab 8 SOALAN POPULAR yang selalu ditanya sewaktu temuduga. Sesuai untuk bakal graduan dan yang sedang mencari kerja^^. Tips ini membantu meningkatkan peluang mendapat pekerjaan yang korang idamkan.

1. Boleh bagitahu saya tentang diri anda? ( Can you tell me about yourself? ) 
Calon biasanya akan terperangkap dengan soalan ni. Baru soalan pertama. Bila jawab soalan ni sila JANGAN show off personality. Just give short and succinct answers that align with the job description. Fokus tentang  siapa diri anda berkaitan kerja dan persekitaran sahaja.

2.Mengapa tinggalkan pekerjaan sebelum ini?/ Mengapa nak tinggalkan pekerjaan sekarang?
Mencari/mencuba peluang baru dan pengalaman baru (learn new skills) adalah jawapan biasa yang agak baik dan selamat. Jangan sesekali beri tanggapan buruk kepada majikan dan bos di tempat lama.Tiada majikan yang suka menggaji pekerja yang ada masalah dengan tempat kerja lama atau tempat kerja mereka sekarang. 

3.Apa kelebihan dan kelemahan anda?
Kalau anda ditanya soalan ini , jangan malu jawab sahaja dengan jujur tapi berhati-hati dan stay away from cliches. For strengths - Majikan tentu sudah senaraikan kriteria yang mereka mahu.. so tell them you have got it! As for weaknesses , great trick is to say you're weaker in an area that has nothing to do with the role. Orang kata matikan air .hehehe^^

4.Mengapa patut pilih anda dari orang lain? ( Why should I hire you over others )
Soalan paling popular dan antara soalan wajib! Please highligh the added value you can bring to the company beyond what they asking for. Talk about transferable skills you have developed in previous position and experience like mentoring or team management.Tips tambahan ,first impressions count, pakaian biarlah sesuai dengan jawatan yang dipohon - please no cakey make-up, teeny dresses dan paling penting tolong jangan pakai terbelah sana sini! 

5. Apakah yang mendorong  kerja anda ? (What motivates you at work?)
Apapun pekerjaan yang anda mohon please always say achievement motivate you! Ingat majikan sedang mencari calon-calon yang bersemangat dan berdaya saing untuk kerja-kerja mereka dan mahu calon-calon yang boleh pergi lebih jauh. NEVER say money is your motivator. That is the last last and last detail you should discuss.

6. Dimana anda 5 tahun lagi?
Haa..most of us have no freaking idea. betul tak? tapi perlu ingat jawapan ini memberi peluang kepada majikan untuk melihat sejauh mana tujuan dan matlamat diri anda bekerja dengan mereka. Discuss about long-term career aspirations dan halatuju/matlamat yang berkaitan dengan majikan like saying you can see yourself moving up in their company.

7. Boleh kerja lebih masa ?
Jika anda benar-benar mahukan kerja bersedialah bekerja lebih masa/luar waktu kerja! Bukan setakat workdays  malah lagi horror bersedialah untuk kerja hari minggu atau on call even satu atau dua pagi. Listen, just tell them you are up for it and that a quality result is your top priority. Just drop into conversation BEFORE asked, so they know you're prepared to work hard.

8. Ada apa-apa soalan?
Selalunya Ini adalah soalan terakhir! Gunakan peluang ini untuk dapat markah bonus. Soalan mestilah based on research ( haa..pastikan buat research sebelum pergi sesi temuduga ) Soalan tentang perkembangan/pencapaian syarikat short term and long term. A good question is to focus the culture of the workplaces. Dan paling penting sila confident bila bertanya!


 

Ini adalah sebahagian tips hasil dari  pengalaman sendiri, pembacaan di internet , buku dan majalah. Tahniah untuk yang berjaya.^^ Selamat menghadiri temuduga ^^

Monday, 18 January 2016

Tetamu Hebat Disember 2015

Cuba korang tengok gambar2 bawah ni..saya terima minggu lepas. Siapakah gerangan blogger yang sinonim sangat dengan kreativiti cam ni..Ya betul3 semestinya dari FAMFTOWER Cantik dan kemaskan? Alhamdulillah..ini gift sempena Tetamu Hebat Disember 2015. Cantik sangat art writing di sampul. Excited bila nama kita orang tulis cantik2 cam ni..terharu^^ 




Bawah ni name plate acrylic sign holder. Ada nama saya siap hiasan dan sticky notes. Semangat  letak kat meja kerja kat rumah ni..hehe^^ Thank You Farrah buat hari-hari sibuk saya lebih ceria dan bermakna ^^ Haa ada kad ucapan Thank You dan craft items untuk saya. Farrah tahu saya memang minat craft ..tapi saya dah lama tak buat craft sejak ada anak. Maklum lah semua barangan craft saya sebelum ni dah selamat anak ambil buat tampal dinding dan buku mewarna Mariepossa. Jadi sejak berblogging semula dan follow blog FAMFTOWER minat datang balik lagi-lagi bila tengok hasil craft yang cantik2. Tak caya korang boleh tengok sendiri kadang2 rasa blog tu macam kedai craft DIY.



Blogger friends are like stars, You don't always see them, but you know they're always there

 Terima Kasih daun keladi semoga selalu dimurahkan rezeki. ^^ Amin


Friday, 15 January 2016

Advertorial Peluang Menulis Iklan Berbayar di Blog

Cara Dapat Income Dari Blog | Sebagai seorang blogger siapa yang taknak bila dapat peluang menulis advertorial? Kalau dapat satu pun rasa nak melompat satu kali. Kalau dapat banyak? melompat  la berkali-kali dilanda kegembiraan betul tak?...heehehe. Dah nama pun blogger, menulis tu memang kesukaan dan hobi.Hobi dari lubuk hati yang paling dalam..ngeee ^^ Sebenarnya saya bukan pandai sangat menulis advertorial..baru tulis dua tiga advertorial.. nasib la ada pakcik google tolong. First macam blur pastu kali ke dua buat advertorial dah okeh so taklah rasa teruk sangat! Kalau sekali buat job review/advertorial korang dibayar RM50, RM100, RM150 dan ada yang dibayar hingga mencecah RM350 untuk satu advertorial..lumayan weh.Saya survey juga cara nak dapat advertorial semua ni.Akhirnya saya jumpa tempat beriklan/menjual diri blog. Kepada yang serious dan aktif berblog, korang register dengan advertorial.MY di SINI Mana tahu blog korang menjadi pilihan advertiser. Eh kalau rezeki sebulan dapat  dua tiga job review/advertorial secara konsisten jadi la kan? Sesiapa yang dah daftar lebih awal tahniah buat mereka. Yang belum sila luaskan/pelbagaikan cabang rezeki dengan daftarkan blog korang di SINI


Korang memang suka/minat berblog kan? saya pun..^^ Kita tukar ayat suka suka membawa duka kepada suka suki membawa rezeki. rasa dah positif sangat dah ni..hehehe.. So kepada rakan2 blogger sekalian yang berminat nak dapat job review/advertorial dengan bayaran lumayan sila pastikan blog korang dah mendaftar dengan advertorial.MY!.Selain tu kalau korang ada yang berminat nak buat affiliates pun boleh register kat sini. Bila dah klik link pilih affiliates dan daftar nanti dah terima email sila lah ikut arahan.^^

 

Tuesday, 12 January 2016

Segmen Mini Giveaway By Si Chubby

Hari ni kita Join segmen Zizie Chubby . First nak ucap terima kasih to Zizie for the invitation and thank you to Sofie for tagging ya.^^ Jom kita join Segmen by Zizie Si Chubby. Segmen ini berlansung hingga 20 January 2016 . So apa yang korang tunggu lagi jom ramai-ramai support first segmen oleh cik Zizie ni..Syarat dia pun mudah2 je. KLIK BANNER bawah ni k.

http://sichubbyy.blogspot.my/2016/01/first-segmen-mini-giveaway-by-si-chubby.html

Soalan : Apa impian korang yang sebenarnya ? And apa usaha korang untuk mencapai impian tu ? Kalau tidak tercapai ,apa korang akan lakukan ?

Impian yang sebenarnya? macam susah je soalan ni Zizie..^^ hehe..tak pandai nak explain tentang impian . Memandangkan impian pun banyak dan tak agak2 makanya impian sebenar-benarnya ialah berharap semua impian  yang ada itu  dicapai sebelum usia 35 tahun . Pastu impian sisi lainnya berharap sangat dengan apa yang dah dilakukan sejak muncul atas muka bumi ini jika buruk ( jika?? bukan..sebenarnya selalu berbuat dosa dan keburukan ) Minta Allah ampunkan dan terima taubatnya..jika ada amal yang baik ( kalaulah ada..) minta Allah terima amalnya dan kalau ditakdirkan Allah jemput pulang minta dijemput pulang dalam keadaan Allah REDHA.

Usaha untuk capai impian? Pun tak tahu nak terangkan ..sebab kebiasaannya apa yg orang lain buat untuk mencapai impian masing2..kita pun buat juga. Contoh ada banyak so kita copy paste kan aje. yeayyy copy paste. hihihi^^

Kalau tak tercapai?  Err sebenarnya tak fikir pasal kalau tak tercapai ni. sebab apa yang kita fikir akan mempengaruhi tindakan kita dan minda bawah sedar. Dalam kepala selalu fikir boleh boleh boleh je ( nak jadi positive minded sangat ) dan selalu fikir boleh sebab Allah ada maknanya tiada yang mustahil. dan ayat ni pula selalu ingatkan bahawa "we plan, Allah plans too.. and Allah is the best of planners" so cara terbaik apa sahaja kita buat rancang sandarkan padaNya. Yang baik dariNya yang buruk kita sendiri. Muhasabah dan teruskan berjuang. 

Tag 2 rakan blogger ( sorry dah teringat nama ni plak ). Tag Fieka dan Qilah

Monday, 11 January 2016

Segmen Blog Review By Little Miss Snowflake

Assalamualaikum. Ramai yang dah tahu kan Lissa Little Miss Snowflake ada buat segmen review blog. Haa siapa yang tak tahu lagi boleh klik BANNER bawah ni . Segmen berlansung hingga 14 Januari 2016 jam 12.00am ye. Sempat lagi ni ramai2 serbu. Syarat mudah je dan jangan risau semua blog yang join segmen ni akan direview secara berperingkat . 


http://lissa-lissalalissa.blogspot.my/2016/01/segmen-blog-review-by-little-miss.html




Kalau korang nak tahu blogger Lissa ni berasal dari WP Labuan. ( Nak tahu lebih2 kena la pergi blog dia dan sekodeng sikit ya )..^^Saya selalu juga singgah melawat blog ni. Selain baca entry-entry lissa. Saya suka blog ini sebab kemas dan menarik...Dan secara personal senang/selesa dengan perwatakan tuan blog yang comel dan ceria. hehe ^^ Hey nak kenal lissa sila baca hasil tulisannya juga ya. Sila terjah LISSA.

Sunday, 10 January 2016

Burung Hantu Tak Bertuan..

Daripada 25 Bloglist Nov/Dec 2015  dari Segmen Kembara Misteri Burung Hantu  SINI - masih ada lagi beberapa orang rakan blogger owesome yang masih belum email saya untuk penghantaran cenderamata. walaupun saya dah tinggalkan jejak di cbox/komen dan dah ingatkan di beberapa entry..Mungkin bizi dan ada tu yang memang tak berblog lansung sejak last entry mereka.. so mungkin masih tak tahu. harap2 bukan sebab tak sudi la ye.. maklum .. souvenir kecik2 je...hehe ^^ .  Kalau ada nama dalam link di atas tapi tak terima lagi kiriman souvenir yang ada sticker burung hantu cam kat bawah ni hingga penghujung Januari.. maknanya tak antar alamat la tu ye. 


Segmen seterusnya bakal berlansung untuk cari 15 SAHAJA BLOGLIST JAN-APRIL 2016 dan 2 PEMENANG MISTERI GIFT . ^^ TUNGGUUUUU......

 

Thursday, 7 January 2016

Selalu Ingat


Jika hendak mati dengan iman maka hiduplah dengan iman. Cara mati ditentukan oleh cara hidup .



Hidup ini bukan soal susah atau senang tetapi adakah kita dibantu Allah atau tidak. Rezeki ini bukan soal banyak atau sedikit tetapi adakah berkat atau tidak

Image : MuslimShow
Quotes : Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Sharing by : Ros

^^Ingatan untuk diri ini dan rakan-rakan ^^


Tuesday, 5 January 2016

Sama Tak Serupa

Assalamualaikum. Korang cuba tengok gambar ni. menarik kan? Walaupun komiknya ringkas tapi maksudnya mendalam. Gambar ni saya ambil di page Muslim Show. Saya tertanya-tanya juga perihal ibu bapa di pusat penjagaan yang selalu menjadi ukuran dan pandangan kita tentang  kederhakaan si anak.



Dan saya selalu juga terpikir macam dalam gambar ni. Bila seorang anak "ter"abaikan kebajikan ibu bapanya atau dihantar ke rumah orang-orang tua bukanlah sebab derhaka si anak semata-mata - tetapi kaitannya dengan teladan dan didikan ibu bapa itu sendiri. Kadang-kadang kesilapan anak itu Allah perlihatkan kepada ibu bapa sebagai tanda teguran kepada kekhilafan mereka. Beringat apapun yang kita lakukan di dunia ni. kecil atau besar, all will be accountable and it is up to Allah to forgive and accept your repentance.



 

Monday, 4 January 2016

Pakaian Muslimah Terbaru

Sempena tahun 2016 ramai blogger yang tampil dengan wajah baru untuk blog mereka. New Year with New Look.Tahniah! korang hebat! Hey percaya tak bukan blog je perlu berwajah baru, kita yang perempuan juga sentiasa perlukan perubahan baru.Maksud saya berkaitan penampilan diri.Saya peminat fesyen! Dan sentiasa ikuti perkembangan semasa dalam dan luar negara terutamanya fesyen yang sesuai dengan saya seorang Muslimah.Penampilan diri tu penting. Sebagai seorang Muslimah banyak yang perlu diambilkira jadi haruslah memilih yang terbaik.Kalau korang nak tahu trend fesyen Muslimah antara trend yang paling pesat berkembang. Siapa yang tak kenal Dian Pelangi , Hana Tajima , Aliza Kim dan  Eslimah ( sekadar menyebut beberapa nama ) antara pioneer yang membuktikan fesyen Muslimah bukan sahaja berkembang pesat dan mendapat tempat di Malaysia malahan diseluruh dunia. Korang tahu tak apakah trend pakaian Muslimah terbaru  yang kini sedang trending worldwide? ^^


Dress Muslimah / Maxi Dress
Cuba tengok koleksi dress Muslimah ni. cantik kan? Ramai je antara kita yang suka pakai dress-dress cantik macam ni sebab sesuai untuk casual dan majlis-majlis istimewa. Dress sekarang banyak yang direka khas untuk wanita bertudung dan patuh syariah instead of jubah kita ada pilihan lain kalau nak cari pakaian muslimah yang sesuai. ^^



 Blouse Muslimah

Yang ini pula antara blouse Muslimah yang bakal trending 2016 ni. Suka tak? Hadir dengan rekaan dan corak menarik! Bakal menjadi antara koleksi terbaru yang digemari wanita Muslimah zaman ini . Blouse moden yang lebih longgar dan selesa menjadikan si pemakai tampil  lebih sopan dan bergaya. Sesuai untuk yang suka penampilan ringkas tapi masih memukau.


Palazzo Pants & Jogger Pants

Korang biasa tak pakai palazzo/ jogger pants ke mana-mana? Seluar berpotongan longgar yang selesa untuk wanita Muslimah . Tak perlu lagi pakai jeans yang ketat dan sendat sebab memang kurang sesuai dengan imej Muslimah. Lebih sopan dan menyerlah kalau tampil dengan palazzo. Simple dan nice .Penampilan anggun dan bersahaja tampak lebih meyakinkan. Tak percaya? Dapatkan koleksi terbaru yang kini sedang trending.^^


 Outerwear ( Cardigan / Jackets )

Dan untuk wanita Muslimah yang sukakan fesyen, ini adalah salah satu pakaian pilihan sebagai pelengkap gaya. Kalau nama pelengkap gaya maknanya sesuai digayakan samaada korang pakai blouse, dress, palazzo, skirt labuh dan T-shirt biasa. Macam yang Hana Tajima dan Dian gayakan ni.Nak tahu ? sebenarnya artis hollywood paling gemar mengenakan jacket/cardigan sebagai pakaian casual. Memanglah salah satu faktor sebab cuaca tapi tak dinafikan mereka memang ikon fesyen yang sentiasa memberi inspirasi kepada pereka . Boleh saja kalau disuaipadankan gaya mereka dengan trend muslimah yang sedang in sekarang. 


Hollywood actress menggayakan cardigan/jackets 

Bijak suaipadan gaya tetapi masih sopan? Pilihan di tangan anda ^^


Sunday, 3 January 2016

SEGMEN : Jom Tukar Bloglist by Lyssasecret.Com


Nak join Segmen ni ? 50 blogger yang terawal dan mengikut kesemua syarat akan terpilih ! First come . First serve ! :D

Caranya mudah sahaja !

SYARAT WAJIB

1. Buat SATU entri bertajuk --->  SEGMEN : Jom Tukar Bloglist by Lyssasecret.Com
2 . Kemudian , ikut step seterusnya di blog Lyssa ye ----> http://www.lyssasecret.com/

Jadi 50 yang terawal ye. Mana tahu ada rezeki melekat sebulan kat blog lyssa .^^ hee