Thursday, 25 February 2016

Menjiwa dan Menulis

Assalamualaikum..seminggu tak ada entry. rindu nak blogwalking nak komen dan baca entry rakan blogger. Terima kasih buat rakan yang masih sudi singgah menjenguk ke blog saya. Agak banyak aktiviti kebelakangan ini yang nak dikongsi tapi fokus lari bila bloging. Hilang 'jiwa'. Berblog kan nak kena ada 'jiwa' kalau faktor-faktor kejiwaan tak ada tapi ada masa ada topik pun saya tak dapat menulis. Nak menjiwai tu yang tak dapat seminggu ni. Aktiviti ada tapi masih tak mampu nak update-update. Tetiba..eh kenapa jadi tak reti tulis ni? nak mulakan ayat pun tak pandai..tetiba blurr...sekarang rasa macam okeh kot. kotlah..so hari ini kita struggle postkan entry walau hati gigil-gigil..tangan yang menulis, hati yang gigil..-If I waited till I felt like writing, I'd never write at all - Anne Tyler




Wah..ini dah dikira berjaya post entry sebab tak menulis seminggu je.hihihi.. oklah dari tak ada kan..bak kata Louis L'Amour - Just write - Do not wait for an idea. Start writing something and the ideas will come. ( langkah motivasikan diri sendiri )

 

Friday, 19 February 2016

Freeport A'Famosa Outlet | Melaka

Beberapa hari lepas saya ke Freeport A'Famosa Outlet di Alor Gajah Melaka. Tempat sendiri nak juga ambil peduli, senang nak jawab kalau ada orang yang bertanya. Lokasi betul-betul terletak sebelah A'Famosa Resort. Konsep A'Famosa Outlet ni lebih kurang macam Johor Premium Outlet (JPO) dan kalau di Melaka dikenali juga dengan nama Melaka Premium Outlet (MPO). Dibuka bulan Dec 2015 (Fasa 1 sahaja dari 3 Fasa), kiranya port baru  kalau korang nak datang shopping.Banyak juga outlet yang dah beroperasi tapi masih ada yang sedang renovation. Maklumat menyatakan MPO ni bakal menyediakan 220 retail lots. Banyak juga tu.


 Pintu 2. Masuk 6.10pm


Lalu depan Pintu 1. Pukul 6.40pm

Kali pertama ke sini saya hanya spend 30 minit untuk jalan. Maknanya tak habis tawaf MPO pun.Saya masuk di Pintu 2. Pintu 1 dan pintu 2 tu agak jauh jaraknya. Saya hanya sempat jenguk outlet yang berdekatan Pintu 2 sahaja. Tak kesempatan jalan sampai ke Pintu 1. Sebab kejar masa. On the way balik lalu Pintu 1 saya snap sekeping gambar pintu masuknya sambil bercadang nak datang tawaf keesokkan hari pula.

Hari berikutnya saya tawaf MPO sampai habis. Banyak juga outlet yang ada di sini antaranya Crocs, Clarks, Camel Active, Nike, Levis, Samsonite, Sembonia, Cotton On, Melinda Looi, G2000, Versace, Moschino, Roberto Cavalli, Follie-Follie, Esprit,  Poney, Kickers, Armani, Carlo Rino, Polo Ralph Lauren dan macam-macam lagi.Tak ingat so tulis mana yang ingat sahaja. Sebenarnya saya lebih tertarik dengan view dan senibina bangunan di sini yang menggunakan tema Dutch Colonial  yang sangat cantik!  Buat cuci mata..

 Kincir Angin 

Kalau nak makan-makan pula..ada foodcourt tapi belum buka ( sedih ). Buat masa ini hanya ada PapaRich Cafe dan West 57th St.Cafe Zang Toi. Saya singgah di Zang Toi Cafe minum kopi ( Expresso Coffee Single Shot Cold Rm9.00,Expresso Coffee Double Shot Cold Rm9.00 juga ) buat basah tekak yang sangat haus. Saya tapau 2 slice kek coklat pisang.


Rm10/Slice - Ikhlas sangat sedap
 
MPO ni belum siap sepenuhnya jadi saya kongsi yang mana ada sahaja. Bagi kaki shopping  kalau berminat mencari europe mid-range brands with affordable price boleh datang sini sementara sale. Soon.. dengarnya ada lebih banyak jenama pilihan. :)

Thursday, 18 February 2016

25 Things That Make Me Happy


Firstly, thank you to Sofie for tagging me. haaa..terharu bila Sofie tag lagi..jom layan segmen tag mengetag..satu soalan sahaja...tapi perlu 25 jawapan. so check it out.^^
1. Create a new post + Insert picture above 
2. List 25 things that make you happy 
3. Mention the blog that have tagged you 
4. Tag at least 5 bloggers & make sure they know they've been tagged! 
5. Share your favourite quote of the week! (if none, then it'll be okay)

25 Things That Make Me happy

1. Books
2. Holiday/Travel
3. Being Women 
4. Home and decor
5. All about food
6. Pets
7. Blog
8. Drawing and Crafting
9. Nature
10. Gardening
11. Help others
13. Fashion and modesty
14. Accessories
15. Math and history 
16. Tazkirah
17. Family and friendship
18. Free from debt
19. Music
20. My Zahra growing up
21. Dinar
22. Skincare and vitamins
23. Engineering
24. Dental care
25. The happiest is when I can see the ugliness in me -  muhasabah, istigfar and repent to improve myself.



Quote of the week.


Monday, 15 February 2016

Realiti Zaman Kita | Betul ke?

Banyak rumah besar - keluarganya makin kecil
Gelaran makin tinggi - akal sihat makin rendah
Perubatan makin canggih - kesihatan makin buruk
Travelling keliling dunia - tak kenal dengan tetangga
Penghasilan bertambah - tak ada ketenteraman jiwa
Kualiti ilmu tinggi - kualiti emosi rendah
Manusia makin banyak - rasa kemanusiaan makin menipis
Pengetahuan makin bagus - kearifan makin berkurang
Pengkhianatan makin marak - kesetiaan hampir punah
Banyak teman di dunia maya - tak punya sahabat sejati
Minuman keras makin banyak - air bersih makin berkurang
Pakai jam tangan mahal - selalu kekurangan waktu
Ilmu semakin tersebar - adab dan akhlak makin lenyap
Al Qur’an banyak dihafal - sedikit sekali yang mengamalkan
Belajar semakin mudah - guru makin tak berharga
Teknologi informasi kian canggih - fitnah dan aib makin banyak tersebar
Orang yang sedikit ilmu banyak bicara - orang yang banyak ilmu terdiam
Buat renungan bersama..

 

 

Friday, 12 February 2016

Berita Jumaat 1

Berita hangat untuk rosnordin dan kawan-kawannya:

1.Adakalanya...untuk bersedih dengan kesusahan seseorang lebih mudah berbanding untuk bergembira dengan kesenangannya.

2.Allah Maha Mengetahui tetapi tidak mengaibkan. Allah Maha Berkuasa tetapi tidak zalim. Allah Maha Kaya tetapi tidak bakhil. Allah Maha suci tetapi tidak menghina.Malulah kepada Allah ketika kita yang penuh dengan sifat kehambaan tetapi sering bertindak seolah-olah memiliki sifat ketuhanan.

3.Orang yang bersalah harus diapakan? Harus dihukum!? TIDAK, harus DIADILI....

4.Orang beriman tidak selamat daripada ujian tetapi akan diselamatkan dalam menghadapi ujian!

5.Yang dapat, tidak dapat semua. Yang hilang, tidak hilang semua. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Bersabarlah dengan apa yang kita tiada.Setiap kesenangan ada mudarat. Setiap kesusahan ada manfaat.Justeru...usah terlalu suka dalam kesenangan. Usah terlalu duka dalam kesusahan.Untuk tenang dan bahagia, bersederhanalah dalam menghadapi apa jua karenah dunia dan manusia.

6.Ada ketikanya dosa menjadi sebab Allah menyayangi kita...yakni bila kita bertaubat atas dosa-dosa itu.Apabila dilanda musibah, selain pesan sabar, pesan taubat juga perlu dibisikkan kepada hati kita.

7.Adakalanya semangat beragama menimbulkan rasa ego pada diri dan kumpulan. Mungkin itu akibat selalu bercakap tentang Allah tetapi kurang 'bercakap' kepada Allah.Satu muhasabah buat diri untuk dikongsi.
 Google


8.Jika tidak mampu berpuasa, cubalah berlapar. Jika tidak mampu berlapar cukuplah jangan makan terlalu kenyang. Perut yang kosong melembutkan hati

9.Kita mampu mengingati Allah kerana Allah mengingatkan kita. Ingat itu!


Mentari menempelak bulan.
Usah bangga ketika mengambang
Kerna cahaya itu...
asalnya adalah sinar ku
Bulan senyum sinis dan berkata
Silap mu kerana tak pandai bergaya
Lalu dari sinar mu itu...
Aku yang jadi pujaan manusia
Mentari dan bulan sama-sama terlupa
Sinar dan cahaya bukan milik mereka
Bahkan diri mereka jua...
Allah yang menciptanya
Cerita bulan dan mentari
Sekadar lukisan imiginasi
Buat peringatan kita yang alpa
Mana milik kita?

Semua sumber kopi dari : SINI


Thursday, 11 February 2016

Bukan Sabar Jika Ada Had

Bukan sabar jika ada had dan bukan ikhlas jika ada batas-PMJ



Wednesday, 10 February 2016

British Short Hair | Wishlist 2016?

Beberapa minggu yang lepas saya survey pet shop sebab nak cari kucing. Untung-untung dapat bakakan dengan kucing domestik ( boleh ke tak eh? ) kan..hehehe..Kalau di Melaka, banyak juga pet shop tapi tak banyak yang ada jual kucing. Ada satu kedai yang ada baka yang saya nak, terletak sebelah Fella Design di Bukit Baru. Tapi tak boleh nak tangkap gambar, kalau tak boleh tempek sini. Tapi kucingnya dah besar dan gemok..actually I'm looking for kitten.Ada beberapa jenis baka kucing di sini like Persian, MaineCoon, Siamese, Anggora,Norwegian Forest and Scotish Fold.Domestik pun ada! Apa-apa pun nah cuci mata dulu tengok kitten BSH yang saya ambil dari google.





Agak sukar cari di kedai, saya cari online pula. Akhirnya jumpa dua penjual kucing BSH..satu dari Kedah dan satu dari Shah Alam,Selangor, boleh tengok SINI dan SINI. Harga ? Terus perit tekak telan liur.Ingatkan bawah Rm2000 boleh dapat rupanya kitten (4 months) pun harga bermula dari Rm2500 dan boleh cecah Rm10000! Mahal sebab purebreed (baka tulen),naik flight (import) dan ada born certificate from pedigree! Ada suara cakap kalau betul-betul nak boleh beli tapi..ada ayat last dia yang buat saya fikir (buat pertimbangan dulu). Saya sebenarnya biasa dengan kucing, membesar dengan kucing. Family termasuk (abang dan abah) selalu kutip kucing  yang jumpa tepi jalan tu bawak balik, rawat dan jaga . sihat dan gemok ok je. Ela,Tomi,Niki,Jery,Kecik,Mery,Depa dan banyak lagi nama kucing yang menemani saya waktu kecik sampai lah besar. Sejak berumah dan tangga ni yang tak ada kucing sebab dia lagi suka bela arnab dari kucing. hmmm. Takpe kita cuci mata dulu. Ada rezeki InsyaAllah.




Semua gambar kucing dari baka yang sama BSH. Sebab saya minat colour bluegrey so tempek warna ini sahaja kat sini.Hey cuba tengok pic last sekali yang belah kanan tu..geram tengok muka kucing tu rasa nak lempang je sebab comel sangat buat muka serious!haha


Tuesday, 9 February 2016

Who Moved My Cheese? | Motivation

Who Moved My Cheese?Buku tulisan Spencer Johnson ini sebenarnya lebih kepada perumpamaan ringkas kehidupan sebenar kita. The main characters are two mice (Sniff and Scurry) and two little people (Hem and Haw-beings as small as mice), who are looking for their own special cheese in The Maze. Cheese adalah metafora bagi apa yang kita mahu dalam hidup contohnya  kerja, perhubungan, wang, kejayaan atau apa sahaja dalam kehidupan dan The Maze ialah laluan tempat kita menemukan apa yang kita mahu samaada tempat kerja/organisasi baru keluarga, atau komuniti tempat tinggal. Kisah empat watak comel yang tiap-tiap hari keluar ke daerah Maze mencari Cheese hinggalah satu hari mereka jumpa Cheese. Jadi tiap-tiap hari juga mereka pergi ke tempat yang sama untuk dapatkan cheese, until one day they find that their cheese has been moved! menjadikan mereka sedih..jadi buku ini menceritakan bagaimana setiap watak ini mencari dan terus mencari cheese  hingga berjaya. Actually, the way they go about it, reflects their personalities, dan mungkin/memang salah satu watak dalam cerita ini ada kaitan dengan watak/sikap kita sendiri.


Buku ini buat kita memahami/buat penilaian dan fikir tentang perubahan, beradaptasi dengan perubahan secepat yang boleh, menikmati perubahan dan bersedia untuk berubah dan terus berubah. Setiap watak dalam buku ini represents simple and complex parts dalam diri setiap individu.Tak kira berapa pun umur kita, jantina, bangsa or anything else. Mungkin sikap kita mewakili salah satu dari watak-watak ni. so who are you? and who do you see yourself as.. 
1.Sniff - sniffs out and detects change early 
2.Scurry - scurries into action when change happens 
3.Hem - denies and fears change and won't submit to it 
4.Haw - resists at first,but adapts when he sees change can lead to something better.



'Noticing small changes early helps you adapt to the bigger changes that are to come'- Who Moved My Cheese?

Buku boleh beli di popular atau mph bookstores

Monday, 8 February 2016

Tentang Rezeki

Dalam entry yang lepas-lepas saya ada tulis tentang rezeki. Entry DISINI, dan hari ni nak kongsikan satu cerita berkaitan rezeki. Cerita saya copy paste dari group wassup dan kongsikan di sini. Sama-sama kita hayati dan fahami cerita " REZEKI DARI ALLAH " ini.

REZEKI dari ALLAH
Pagi itu aku melihat penjual surat khabar itu berteduh di tepi kedai. Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi seandainya hujan tidak berhenti. Namun, kegalauan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikitpun di wajah Penjual Surat Khabar itu.Hujan masih terus turun. Si penjual surat khabar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu. Tampaknya seperti sebuah buku. Kuperhatikan dari jauh, lembar demi lembar dia baca. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibacainya. Namun perlahan-lahan ku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yg dibacanya.

A:"Assalamu 'alaikum" ...
B:“Waalaikum salam"
A:“Bagaimana jualan surat khabarnya tuan?" ...
B:“Alhamdulillah, sudah terjual satu.”
A:“Wah susah juga ya kalau hujan begini" ...
B:“Insya Allah adalah rezekinya.”
A:“Terus,kalau hujannya sampai lewat petang?”
B:“Itu bererti rezeki saya bukan jualan surat khabar, tapi boleh banyak berdoa.”
A:“Kenapa?”
B:“Bukankah Rasulullah SAW pernah besabda, ketika hujan adalah saat mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.”
A:“Lantas, kalau tidak dapat wang, bagaimana?”
B:"Bererti, rezeki saya adalah bersabar"
A:"Kalau tidak ada yg boleh dimakan"? .....
B:“Bererti rezeki saya berpuasa"
A:“Kenapa tuan boleh berfikir seperti itu?”
B:“Allah SWT yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikan-Nya saya syukuri. Selama jualan surat khabar, walaupun tidak laku, dan harus berpuasa, tetapi saya tidak pernah kelaparan"-katanya dengan ikhlas menutup pembicaraan

Sahabat ...
Aku termenung,Aku tersedar ..Ada penyesalan di dalam hati. Kenapa kalau hujan aku masih resah-gelisah...Risau tidak mendapat wang?Risau rumah akan tenggelam banjir?Bimbang tidak dapat hadir jemputan kenduri?Berkeluh kesah tidak boleh bertemu pelanggan dan rakan perniagaan? Kini baru aku sedari, rezeki bukan wang semata. Boleh bersabar, berpuasa, berdoa, beribadah merupakan amal soleh yang patut kita syukuri. Malah, lebih dari itu, ia adalah juga rezeki yang tidak terperi daripada Allah SWT.
Sahabat ...
Rezeki hidayah dan boleh bersyukur adalah jauh lebih bermakna daripada pekerjaan dan wang. Malah dari apapun juga ...







Saturday, 6 February 2016

Surah Al-Syarh | Jadikan Amalan Harian

Surah Al-Syarh surah ke-94 dalam Al Quran ( disebut juga Al-Insyirah/Al-Insyaraah ) untuk melapangkan hati ini elok dijadikan amalan harian lebih-lebih lagi dalam menghadapi segala bentuk kesulitan, kesedihan dan sebagainya, InsyaAllah dipermudahkan segala urusan. Dibaca setiap kali selepas solat. Letak tangan ke dada dan baca surah ini sambil menghayati maknanya.


Maksudnya...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani 
Bukankah Kami telah melapangkan untukmu: dadamu (wahai Muhammad)[1] Dan Kami telah meringankan daripadamu : bebanmu (dalam menyampaikan risalah)[2] Yang memberatkan tanggunganmu (dengan memberi berbagai kemudahan dalam melaksanaknanya)[3] Dan Kami meninggikan bagimu : sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)[4] Oleh itu maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan[5] (Sekali lagi ditegaskan) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan[6] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh) maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amalan soleh yang lain)[7] Dan kepada Tuhanmu sahajalah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini)[8]. 
Did We not expand for you, your breast (O Muhammad)[1] And We removed  from you, your burden[2] Which had weighed upon your back[3] And raised high for you, your repute[4] So, verily with every difficulty, there is relief[5] Verily with every difficulty there is relief[6] So, when you have finished (your duties) then stand up (for worship)[7] And to your Lord direct your longing/turn your attention[8].
 

Semoga Bermanfaat


Thursday, 4 February 2016

Aloe Vera | Review ORIKS Refresh Aloe Mask

Kenal tak pokok Aloe Vera? Kita panggil pokok Lidah Buaya! Tumbuhan ini terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan semulajadi dan telah dijadikan amalan dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan. Dulu abah saya tanam lidah buaya dan bila musim-musim sukan/aktiviti sekolah memang rajin guna gel lidah buaya lumurkan di muka sebagai mask.Tujuannya untuk memulihkan kesan terbakar kulit. Itu dulu...


Aloe Vera  is a succulent plant species.Extract from Aloe Vera are widely used for health, beauty, medicinal and skin care properties.Today, the Aloe Vera plant has been used for various purposes in dermatology.

Sekarang ada tak yang nak ambil daun lidah buaya terus potong dan sapu di muka? Ada? Saya sendiri pun taknak, hehehe. Berlambak dah produk-produk yang berasaskan lidah buaya dalam pasaran sekarang. Pilih saja mana suka. Dengan kuasa dihujung jari  saya gunakan klik-klik online untuk dapatkan ORIKS Refresh Aloe Mask kat SINI. Sebelum ni pernah guna mandian berasaskan lidah buaya tapi tak pernah cuba lagi mask aloe vera versi moden , kiranya percubaan pertama



Gel ini warnanya jernih kehijauan dan likat. Ciri-ciri yang sama seperti gel daun lidah buaya asli yang saya pernah guna. Bezanya yang ini berbau wangi. Dengan kandungan 12g, dapat 5 kali penggunaan ( Simpan tempat sejuk ya ). Jimatlah kan? Harga berpatutan. Memang best sangat sampai kali pertama saya guna dua kali dalam sehari. Teruja dengan hasil yang pertama agaknya. Sebenarnya mask ORIKS ada beberapa jenis iaitu Aqua Mask,Aloe Mask, Pink Clay Mask, Pore Mask dan Ripe Persimmon Mask. Saya pilih Aloe Mask sebab saya suka produk yang ada fungsi memulih/membaiki dalam masa sama melembap. Kalau yang pernah guna aloe mask mesti tahu yang mask ini bantu kurangkan rasa hangat dan tak selesa pada kulit.

Sesuai untuk semua jenis kulit. Bantu pulih kesan kulit terbakar, mengecut jerawat dan memulihkan kesan luka-luka jerawat, melembap dan  melegakan kulit yang merengsa dan ruam. Produk berasaskan lidah buaya selalunya memang tak mengecewakan. Kandungan protein, kalsium, magnesium, zink, vitamin A, E, C, Asid Amino dan enzim-enzim dalam lidah buaya itu sendiri banyak mempengaruhi fungsi dan kesannya terutama aspek kesihatan dan kecantikan. 4/5 bintang untuk ORIKS Refresh Aloe Mask.^^



Wednesday, 3 February 2016

Cheese Ball | Sarapan Ringkas

Assalamualaikum dan selamat pagi. Nah, sarapan...mata, hari ni saya buat cheeseball sebab mudah dan ringkas. Korang sarapan apa? Jangan skip sarapan nanti menyesal. Kalau kita puasa JANGAN skip sahur, so kalau bukan puasa JANGAN skip sarapan, semuanya berkait dengan kesihatan. err oklah tajuk cheeseball je kang tertaip pasal kesihatan plak. hee. ^^ 




Tuesday, 2 February 2016

Apakah Advertorial | 6 Tips Menulis Advertorial

Sebelum ini saya ada menulis tentang cara dapat income dari blog dengan menulis iklan advertorial di SINI. Kali ini saya terangkan apakah sebenarnya advertorial. Advertorial ialah kaedah pengiklanan yang dibuat melalui penulisan artikel ( editorial ). Kaedah ini sangat berkesan untuk menghasilkan jualan dan ia merupakan salah satu kaedah pengiklanan terbaik bagi advertiser untuk melonjakkan jualan bagi produk dan perkhidmatan mereka. 


 
Rata-rata blogger tahu mengenai advertorial dan bagi yang pertama kali dengar maksud advertorial adalah dari perkataan advertising dan editorial. Kebanyakan advertorial di internet adalah memalui laman blog dimana pemilik atau penulis blog akan menulis ulasan untuk sesuatu produk, perkhidmatan, lama web atau apa sahaja yang diminta oleh pengiklan. Sebagai balasan pengiklan akan membayar sejumlah wang sebagai pertukaran bagi khidmat menulis ulasan tentang mereka. Jika korang sekadar membuat review sahaja tanpa bayaran, ia tidak dipanggil advertorial. Perkataan advertorial hanya digunakan apabila review korang itu dibayar.


An advertorial is a combination of advertisement and editorial. It's a news or human interest story that sells product or services. The art of writing a good advertorial is to get the right balance between story and sale.


Contoh advertorial seperti SINI. Tapi itu hanyalah contoh yang sangat ringkas dari saya seorang beginner dan saya sendiri masih belajar tentang advertorial dan cara menulis advertorial yang baik. Kalau korang rajin google, ada banyak maklumat/info tentang cara menulis advertorial yang bagus tapi kebanyakkan dalam versi bahasa inggeris. Untuk versi bahasa melayu pula carian lebih tertumpu dari versi bahasa melayu indonesia dan hanya beberapa ketul sahaja versi bahasa melayu malaysia. Di sini saya kongsi/sertakan beberapa tips menulis advertorial/ paid review, semoga bermanfaat :


1. Menulis dengan gaya/bahasa sendiri
Bagaimana cara penulisan blog korang macam itu juga lah gaya penulisan advertorial. jangan pula biasa guna aku kau di blog tiba2 bila menulis advertorial tukar saya awak pula kan.

2. Buat research, study context/headlines/opening/audience dan sebagainya.
Ini penting supaya cerita yang korang nak create tu bersesuaianlah dengan tugasan/kerja-kerja advertorial yang diberi.

3. Use photographs and illustrations wisely-Kalau ada gambar pengalaman sendiri lagi bagus

4. Fokus kelebihan dan manfaat utama produk yang dipromosi - 5W+1H mungkin membantu dalam menerangkan produk/servis

5. Artikel tidak terlalu kelihatan seperti iklan- ( balance between story and sale ) contoh artikel advertorial versi bahasa inggeris boleh lihat SINI.

6. Perlu ada CTA . CTA ialah Call To Action untuk memberitahu pelanggan apakah tindakan seterusnya. contoh info lanjut hubungi kami di FB/ WA/ Sila ke laman WEB A atau apa-apalah asalkan ianya menujukkan CTA.


Monday, 1 February 2016

Satu February

Assalamualaikum. hari ni Isnin, rasa macam lama sangat tak post entry. ada seminggu dah kan. Maaf kalau saya tak sempat blogwalking/singgah komen kat blog korang selama seminggu ni. keadaan dan kesihatan yang tak mengizinkan. Terima kasih kepada korang yang sudi singgah sini  nanti saya buat kunjungan balas ya. Seminggu macam lama sangat rasa. dah rindu kat blog, alih-alih dah bulan february! haaa.. february ..mac ..april ..may..jun..tiba-tiba Jan 2017.. masa berjalan begitu pantas atau saya yang lembab dan slow..erghh. sempat merasa Feb 2016.. tak tahu dapat jumpa Mac 2016 dan seterusnya atau tak..semoga kita semua dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik supaya kita ada lebih banyak peluang untuk dimanfaatkan sebagai bekalan ke sana...

 
 Image Google