Friday, 11 March 2016

Hikmah Tersembunyi

Salam Jumaat - Jom baca cerita ni. Ringkas dan menarik jadi saya copypaste dari SINI dan kongsikan sebagai ingatan diri sendiri dan rakan rakan..
Dulu masa saya darjah 6 seorang cikgu selalu cerita kisah ni. Ada seekor rusa yang sangat cantik. Dia selalu berbangga dengan tanduknya yang bercabang dan sangat cantik. Wah cantiknya tanduk aku. Tapi dia cukup malu dengan tapak kakinya yang tak cantik....Dia senyum seorang diri bila tengok tanduk dekat air. Tapi sedih saat tertengok tapak kakinya..Satu hari dia di kejar harimau. Dia lari laju-laju. Pijak semua benda tajam. Selaju mungkin. Tiba-tiba tanduknya tersangkut di pokok..dia cuba tarik. Tapi gagal.Dia menangis...dan menangis sambil menunggu harimau datang. Katanya wahai tanduk yang ku banggakan..hari ni kau telah binasakan diriku. Kerana kau aku tersangkut dan akan mati...wahai kaki yang selalu aku hina. Hari ini kau berjuang berkorban menyelamatkan diriku..tapi inilah akhirnya.....kakinya tidak berhenti menyelamatkannya. Cuba larikan diri. Hingga harimau sampai. Dia tendang harimau. Dia bergelut dengan harimau. Sehinggalah dia disiat satu persatu...kaki berjasa sampai akhir...Begitulah dalam dunia kita kadang-kadang kita berbangga dengan kemuliaan, pujian, harta kekayaan,nama dan pangkat tapi di dalamnya ada dosa dan maksiat sehingga kadang-kadang kita terlupa itulah sebab kita derita di akhirat...

Ialah bukan semua yang kita suka itu baik untuk kita dan bukan juga semua yang kita tak suka itu buruk untuk kita. Kadang Allah hanya menguji sejauh mana keikhlasan kita hambaNya dalam menjaga iman dan agama, bersabar dan tabah, bersyukur dan redha dengan apa yang Allah aturkan ..itu sahaja.. 

Allah will make everything BEAUTIFUL, at the RIGHT PLACE, at the RIGHT TIME, for the BEST REASON, Always have faith in Allah.





8 comments:

  1. betul..setuju..walaupun tidak semua yang nikmat dan manis itu membinasakan..begitu juga yang pahit tidak semuanya menyusahkan..

    ReplyDelete
  2. menarik kisah rusa tuu, kita ada sesuatu yang kita tak happy dengannya tapi itulah yang patut jadi kebanggaan kita :)

    ReplyDelete
  3. kisah yg sangat menarik. tak semua benda yg kite suka tu beri kebaikan pada kita :)

    ReplyDelete
  4. SS baca kisah rusa tu ikut nada cikgu tabika kemas!

    ReplyDelete
  5. betul2...teringat dekat ayat 216 surah al-Baqarah...

    ReplyDelete
  6. a great simple story.
    anak2 mudah faham kot kisah ni.
    betapa penting nyer kita hargai apa yg kita ada semuanya.
    walau apa pun fizikal nyer. hi hi hi...
    sebab stiap yg Allah bagi ada hikmah nyerrrr...

    ReplyDelete
  7. Paling penting bersabarlah. Ada benda yang org nampak baik pada kita dan kita pun rasa baik utk kita. Walhal in facts, itu yang paling tak baik utk kita.

    Redha, terima takdir Allah set utk kita :)

    ReplyDelete
  8. Menarik sangat cerita pasal rusa tu. ♥

    Kesian sangat dekat rusa tu. Moral of the story, kena redha dengan apa yang kita lalui. Redha dengan apa yang kita ada. Terima seadanya dengan apa yang kita miliki sama ada baik ataupun buruk, sama ada cantik ataupun hodoh. Sebab apa yang kita dapat, ada, and miliki hanya pinjaman dari Allah, boleh jadi ia hanya ujian dari Allah untuk melihat sejauh mana keikhlasan dan penerimaan kita dengan apa yang DIA berikan.

    ReplyDelete